Persatuan – AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia), Pekan Malau.
Aktiviti – diadakan pada setiap minggu iaitu pada hari Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi iaitu antara lain memberi pembiayaan khususnya kepada golongan usahawan. Ahli sahabat AIM juga aktif menolong orang kampung dalam kenduri kendara yang diadakan di Kampung Pekan Malau.
Mula beroperasi : Tahun 1990
Pegawai Amanah : Puan Siti Aishah binti Othman ( memegang 8 pusat amanah).
Ketua Blok Sg. Kob : Pn Zaidah bt Harun (Lembaga Perwakilan Sahabat Cawangan Kulim).
Ketua Pusat : Puan Sarimah binti Mansor.
Timb. Ketua Pusat : Puan Sarinah Hashim.
Setiausaha : Puan Kapilah Che Man.
Bendahari : Puan Suraya Abdullah.
Ahli semasa : 55 orang (setakat Disember 2015).
Keterangan Gambar: Gambar menunjukkan pegawai amanah dan barisan AJK AIM Pekan Malau.
Persatuan Wanita , Kampung Seratus Pekan Malau.
Mula ditubuhkan sekitar 1980-an dengan pengasas yang pertama ialah Puan Siti Hajar binti Che Man.
JAWATAN |
NAMA |
KETUA WANITA |
Puan Sarimah Binti Mansor |
NAIB KETUA WANITA |
Puan Ramlah Binti Safuan |
SETIAUSAHA |
Puan Sarinah Binti Hashim |
BENDAHARI |
Puan Faizah Binti Awang Kechik |
AHLI |
55 Orang |
Aktiviti:
Aktiviti wanita di sini bergantung kepada peruntukan yang ada. Walaubagaimanapun, kadangkala terdapat peruntukan dari kalangan ahli sendiri dengan inisiatif mereka membuat kutipan wang dalam kalangan ahli. Contohnya bengkel memasak seperti membuat mee kuning, taufufa, air soya dan vadei dari hampas soya. Aktiviti seperti ini selalunya diadakan di balai lintang Masjid Jamek Pekan Malau.
Gambar dibawah menunjukkan antara aktivit wanita di sini. Gambar dipetik dari simpanan peribadi Puan Sarimah binti Mansor.