mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Pekan Malau

Sejarah penubuhan Pusat Internet Pekan Malau bermula pada pertengahan tahun 2013.  Pusat ini mula beroperasi dan dibuka secara formal pada 17 Julai 2013.  Pusat internet ini beroperasi di dewan orang ramai yang kemudiannya di naik taraf dan disewa oleh pihak syarikat yang berada di perkarangan Masjid Jamek Pekan Malau.  Ia dijangka mampu menarik pelbagai golongan masyarakat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kebajikan masyarakat setempat.  Terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan warga tempatan dalam usaha kerajaan supaya masyarakat lebih celik IT.  

Untuk makluman, Pusat Internet ini yang merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibiayai di bawah Pogram Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.  Bertepatan dengan hasrat kerajaan ini, jadi pada 18 Disember 2013 (Rabu) bertempat di Pusat Internet Pekan Malau ini dirasmikan pembukaannya secara rasmi oleh YB Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim yang merupakan wakil rakyat Parlimen Baling. Program yang diberi nama Hari Bersama Pusat Internet Pekan Malau ini yang dihadiri oleh masyarakat tempatan dan luar turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai pameran dari agensi kerajaan dan swasta.