Usahawan Produk Makanan Dan Pakaian (tudung).
Nama : Noorain Mawardah Binti Nor Nazaruddin.
Umur : 28 tahun
Ahli : 01 November 2013.
Latar belakang
Pada mulanya beliau merupakan seorang pelajar IPTA yang mendapat sumbangan modal untuk program usahawan di universiti beliau belajar. Bermula dengan menjual tudung bawal, kemudian mencuba memasarkan tudung bawal jenama sendiri “Mawarscaraf”. Kini dengan berbekalkan semangat keusahawanan yang ada beliau mengorak dengan menjual produk “Brownies dan burn cheesecake”. Seorang yang begitu komited dengan kerjayanya dan tidak jemu dalam bisnes yang sedang diceburinya ini seringkali menghadiri kursus-kursus perniagaan yang diadakan di NADI Pekan Malau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI.
Pendapatan beliau sebelum terlibat dengan NADI hanya RM 100.00 dan tempahan hanya dikalangan rakan-rakan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI.
Selepas beliau datang ke NADI iaitu pendapatan beliau meningkat kepada RM500.00 – RM1000.00 hasil jualan produk makanan beliau yang dipasarkan melalui media sosial.