mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas UPU Online

Tarikh    :  27 & 30 Mac 2018

Masa     :  10:00 Pagi – 1:00 Petang

Lokasi    :  Pusat Internet  Pekan Malau

Peserta  :  10 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh  10 orang pelajar lepasan sekolah dalam mengisi dan mengakses portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar dalam mengisi borang upu ‘online’. Tujuan kelas  ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk mengisi secara berkumpulan dan boleh bertukar idea pemilihan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti khususnya IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam).  Hal ini demikian kerana para pelajar dapat berkongsi idea tentang kursus yang ditawarkan oleh satu-satu universiti.

Aktiviti

Pelajar  diperkenalkan terus ke laman web http://upu.mohe.gov.my/web/.  Sesi pembelajaran dimulakan dengan asas kemasukan dalam talian laman sesawang Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar melalui carian dari enjin carian google atau terus ke alamat http://upu.mohe.gov.my/web/.  Seterusnya pelajar boleh memohon program yang selaras dengan kelulusan pemohon menerusi program seperti lepasan stpm, politeknik dan sebagainya. Setelah semua lengkap diisi oleh pelajar, mereka perlu menekan butang hantar.  Selepas itu para lepasan bolehlah mencetak maklumat yang didaftar untuk rujukan.

Gambar Disini