|
Tarikh : 29-30 April, 2-3 Mei 2018 Masa : 09:30 Pagi – 10:30 Tengahari. Lokasi : PI Pekan Malau. Peserta : 7 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar dari pelbagai golongan. Tujuannya adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan tentang penggunaan dan pendaftaran ‘online banking’ (terutama golongan dewasa) di internet yang celik terhadap teknologi (bijak Internet); bagi memudahkan urusan kerja mereka. Bagi kelas emel dan whataApp Web pula, ia lebih tertumpu kepada golongan pelajar terutamanya dalam memindahkan dokumen daripada telefon pintar ke dalam dokumen emel bagi memudahkan kerja. Dalam hal ini, kerja menjadi lebih mudah, cepat dan lancar.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran emel dengan menggunakan akaun gmail, pengenalan kepada whatsapp web dan pendaftaran online banking untuk para peserta. Pelajar dan peserta digalakkan menggunakan teknologi semasa ini dengan bijak dan berhemah supaya kecurian data tidak berlaku.