mcmc
Kisah Kejayaan

Q4-2024-CELIK ICT-TAMISA BINTI ARIFFIN

CELIK ICT: TAMISA BINTI ARIFFIN

Nama : Tamisa Binti Ariffin

Umur : 39 Tahun

Ahli : 2024

Latar Belakang.

Merupakan seorang guru KAFA. Penglibatan awal ke NADI adalah semata-mata untuk membuat kerja-kerja pengisian data dalam Sistem Sempeni. Selain itu, Ustazah Tamisa juga sering ke sini disebabkan beliau menghadapi masalah mencetak dokumen kerja dan sebagainya. Oleh kerana sering ke sini beliau akhirnya mendaftar sebagai ahli NADI pada pertengahan tahun 2024.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan NADI.

Sebelum menghadiri Kelas ICT di NADI, Puan Tamisa lebih cenderung menggunakan ICT terutamanya penggunaan komputer untuk mengisi data murid dalam Sistem Sempeni. Berikutan dengan kemajuan teknologi maklumat, sekolah KAFA tempat beliau mengajar mewajibkan guru-guru KAFA mengajar menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan NADI.

Sebagai langkah awal Puan Tamisa belajar membuat laporan yang perlu ditaip di komputer. Jadi beliau belajar banyak belajar di NADI terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office Word dalam tulisan Jawi. Oleh kerana sering terlibat dengan NADI, beliau juga belajar setting wifi laptop dan menggunakan emel. Banyak kemajuan yang telah beliau capai dengan penglibatan diri di NADI.