CELIK ICT-RAHMAT BATRISYAH BIN MOHD RODI
Nama : Rahmat Batrisyah Bin Mohd Rodi
Umur : 10 tahun
Ahli : 2023
Latar belakang.
Adik Rahmat merupakan seorang pelajar SK Malau yang berusia 10 tahun. Mula mengikuti kelas pembelajaran ICT di NADI Pekan Malau sejak darjah 2 lagi. Namun kerana kekerapan beliau mengunjungi NADI, pada 3 Februari 2023 ibu beliau mendaftarkannya sebagai ahli NADI.
Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan NADI.
Sebelum menghadiri kelas ICT di NADI adik rahmat cuma tahu menggunakan aplikasi Youtube dan permainan “games” di telefon bimbit. Selain banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menunggang basikal beliau juga seringkali bermain di anak sungai berdekatan rumahnya. Sebelum melibatkan diri di NADI beliau tidak tahu pun menggunakan peralatan komputer yang lain seperti tetikus dan papan kekunci.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan NADI.
Sejak mengikuti kelas ICT di NADI, penggunaan internet dan pengaplikasian pembelajaran secara atas talian sering digunakan oleh adik Rahmat. Contohnya aplikasi kuiz secara online. Begitu juga dengan pembelajaran Microsoft Office seperti microsoft Office Word, Excel, dan Powerpoint. Peningkatan yang begitu pesat dalam aktiviti pembelajaran ICT ini juga telah mengenalkan beliau kepada aplikasi Canva. Kemahiran yang didapati di NADI ini sedikit sebanyak membantu beliau mengulangkaji dan mencari bahan pembelajaran sekolah di sini.
