|
Tarikh : 15-17 Mac 2018 Masa : 10:00 Pagi – 1:00 Petang Lokasi : Pusat Internet Pekan Malau Peserta : 8 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang penjaga/ibubapa dalam mempelajari dan mengakses portal Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengisi borang ‘online’ darjah satu . Tujuan kelas ini diadakan pada hujung minggu ini adalah untuk menggalakkan para penjaga/ibubapa untuk memahami konsep asas pengisian daftar persekolahan bagi darjah satu sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pada masa hadapan golongan ini perlu mengisi borang untuk kemasukan anak yang lain pula.
Aktiviti
Penjaga/ibubapa diajar mengenai asas borang ‘online’ pendaftaran darjah satu Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web https://public.moe.gov.my. Sesi pembelajaran dimulakan dengan asas pengetahuan terutamanya dalam mengenali sistem kemasukan ke sekolah rendah dengan memasukkan maklumat ibubapa/penjaga sebagai id daftar masuk pelajar. Seterusnya pendedahan mengenai daftar atau tarikh imunisasi anak selain daripada maklumat peribadi ibubapa/penjaga dan anak. Setelah semua lengkap diisi penjaga/ibubapa perlu menekan butang hantar. Selepas itu ibubapa/penjaga bolehlah mencetak maklumat yang didaftar untuk dihantar kesekolah yang dimohon.